fbpx

Nahas FRU: Urusan pengebumian selesai, saya reda – Bapa Akmal Wafi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu kepada Allahyarham iaitu Rozaidah Ahmad, 54, (dua dari kanan) menyiram air mawar di kubur anaknya di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tunku Abdul Rahman Putra di Lunas, Kulim hari ini.

KULIM – Jenazah Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28, yang terkorban dalam nahas trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan lori muatan batu semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tunku Abdul Rahman Putra di Lunas, di sini hari ini.

Jenazah Akmal Wafi yang merupakan anak sulung daripada lima beradik itu disemadikan kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan menyerahkan Jalur Gemilang kepada bapa Allahyarham, Annuar Yusof, 55.

Lebih 200 orang termasuk keluarga, rakan-rakan Allahyarham dan pegawai polis hadir bagi memberikan penghormatan terakhir.

Terdahulu, jenazah Akmal Wafi tiba di rumah keluarganya di Taman Pegaga, Lunas pada pukul 6.30 pagi sebelum dibawa ke masjid pukul 10 pagi untuk disembahyangkan dengan dipimpin Shahril Adzhar Abu Samah.

Sementara itu, Annuar ketika ditemui pemberita meluahkan rasa syukur kerana urusan pengebumian anaknya berjalan dengan lancar.

“Syukur alhamdulillah urusan pengebumian selesai, saya reda. Secara peribadi, saya bangga Wafi pilih untuk menyertai polis dan hari ini anak saya dikebumikan dengan penuh penghormatan. Arwah adalah wira dalam keluarga,” katanya.

Kosmo! Online semalam melaporkan seramai sembilan anggota FRU Unit 5 Ipoh maut dalam kemalangan membabitkan trak FRU dan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak pada pukul 8.30 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI