fbpx

Musim rumit Ronaldo di Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO

RIYADH – Masa depan Cristiano Ronaldo kini menjadi tanda tanya apabila Al Nassr terlepas semua kejuaraan dan berisiko gagal ke kejohanan antarabangsa musim depan.

Kekecewaan terbesar hadir selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini sebelum kekalahan mengejut 1-2 kepada Al Ittihad minggu lalu selain tidak beraksi ketika membelasah Al Akhdoud 9-0 dalam saingan Liga Pro Saudi awal pagi semalam.

Al Nassr kini dilihat sudah tiada daya untuk memburu kejuaraan liga, malah meletakkan mereka dalam bahaya untuk terlepas tiket ke ACLE musim hadapan iaitu sesuatu yang tidak dijangka bagi kelab berbelanja besar dan sinonim dengan status pencabar utama.

Apa yang lebih memburukkan keadaan, tindakan Ronaldo meninggalkan stadium sejurus tamat perlawanan minggu lalu dalam keadaan marah dan masih lengkap berpakaian perlawanan dikatakan tidak disenangi pihak pengurusan kelab.

Harapan diletakkan terlalu tinggi nyata tidak tercapai dan kini kelab mahupun Ronaldo sendiri perlu menilai semula hala tuju masing-masing meskipun sebelum ini bersetuju secara prinsip untuk menyambung kontrak dua musim, namun rundingan lanjut itu dikatakan ditangguhkan.

Kehadiran Ronaldo sememangnya melonjakkan imej Liga Pro Saudi, namun dari sudut pencapaian kejuaraan bersama Al Nassr, impian tersebut masih belum kesampaian.

Beliau tetap profesional dan komited, namun beberapa tindakannya akhir-akhir ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penyokong dan pengurusan.

Dalam pada itu, peluang untuk menyertai Piala Dunia Kelab masih samar selepas Al Nassr sah tidak layak, namun Persektuan Bola Sepak Antaranbangsa (FIFA) difahamkan mahu melihat Ronaldo beraksi di Amerika Syarikat dan segala kemungkinan masih terbuka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI