fbpx

Masuk percuma semua muzium bawah JMM pada 18 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muzium Negara - Foto MUZIUM NEGARA

PETALING JAYA – Semua muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia (JMM) akan dibuka secara percuma kepada orang ramai pada 18 Mei ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ia sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa.

“Sambutan Hari Muzium Antarabangsa bertemakan ‘Masa Depan Muzium Dalam Komuniti Yang Berubah Pantas’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aaron berkata, muzium menjadi titik pertemuan antara warisan silam dan aspirasi masa depan.

Menurut beliau, muzium menghubungkan komuniti atas semangat perpaduan dan kecintaan terhadap sejarah.

“Ini peluang terbaik untuk menyelami kekayaan sejarah, kepelbagaian budaya dan semangat perpaduan yang menjadi teras identiti negara kita.

“Ayuh lawati muzium-muzium JMM di seluruh negara dan raikan warisan kita bersama-sama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI