fbpx

Malaysia gesa PBB mereformasi pasukan pengaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled berkongsi pandangan mengenai pasukan pengaman pada 'High-Level Session UN Peacekeeping Ministerial 2025' di Berlin, Jerman hari ini

PETALING JAYA – Malaysia menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mereformasi pasukan pengaman bagi meningkatkan keberkesanan misi pasukan tersebut.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pasukan pengaman menghadapi pelbagai cabaran yang kompleks dan sentiasa berubah disebabkan oleh landskap geopolitik yang dinamik.

“Berkongsi pandangan dalam salah satu ‘High-Level Session UN Peacekeeping Ministerial 2025’ bertajuk ‘Peacekeeping Reform: More Effective and Safer Peacekeeping’

“Saya kongsikan bahawa terdapat keperluan mendesak mereformasi misi pengaman bagi meningkatkan keberkesanan misi ini, begitu juga keselamatan anggotanya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Mohamed Khaled berkata, antara anjakan yang boleh dilaksanakan adalah memastikan pasukan pengaman dilengkapkan dengan peralatan dan persenjataan termaju.

Menurut beliau, ia bagi mengukuhkan keupayaan sebagai ‘deterrent’, berupaya bertindak balas dengan lebih pantas terhadap ancaman dan meningkatkan moral pasukan.

Kata beliau, anjakan lain adalah pembinaan kapasiti, pelaburan dalam program latihan dan pembangunan penting bagi memastikan keselamatan, kecekapan dan keberkesanan operasi pasukan pengaman.

Ujar beliau, kemajuan teknologi juga perlu diselarikan dengan penyesuaian terhadap polisi termasuk mengkaji semula doktrin operasi, mengemas kini prosedur operasi standard dan menetapkan garis panduan dan etika yang jelas dalam penggunaan teknologi.

“Kesemua ini membolehkan dunia membina pasukan yang bukan sahaja sedia melaksanakan operasi secara berkesan, tetapi juga dipandu nilai yang kukuh dan rasa tanggungjawab yang mendalam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI