fbpx

Lelaki maut, kereta rempuh lori tangki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori tangki muatan simen di Jalan Kuala Pilah - Tampin berhampiran Masjid Johol, Kuala Pilah pagi tadi. - IHSAN POLIS

KUALA PILAH – Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori tangki muatan simen di Jalan Kuala Pilah – Tampin berhampiran Masjid Johol, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa berusia 48 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi.

Menurutnya, kemalangan membabitkan lori tangki jenis Volvo dipandu lelaki berusia 39 tahun dari arah Kuala Pilah menghala ke Tampin, manakala, mangsa dari arah bertentangan.

“Pemandu lori tangki tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) bagi proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Muhamad Mustafah lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI