fbpx

Ketiadaan Gabriel punca Arsenal tiada trofi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALIBA (kanan) didakwa gagal beraksi pada tahap sebenar disebabkan ketiadaan Gabriel yang mengalami kecederaan panjang.

LONDON – Legenda Liverpool, Jamie Carragher percaya punca utama prestasi bahagian pertahanan Arsenal dilihat merudum adalah disebabkan ketiadaan tonggak berpengalaman, Gabriel Magalhaes yang mengalami kecederaan panjang sehingga terlepas baki aksi musim ini.

Sebagai rekod, William Saliba telah dikritik sebahagian peminat Arsenal sejak beberapa perlawanan lepas apabila kerap melakukan kesilapan mudah yang berjaya dimanfaatkan oleh pasukan lawan sehingga menghukum pasukan.

Menurut Carragher, sejak kecederaan dialami Gabriel bulan lalu, prestasi Saliba dilihat semakin goyah ketika bergandingan dengan pemain pertahanan Poland, Jakub Kiwior.

“Saya tidak menafikan Saliba antara pemain pertahanan terbaik di Eropah ketika ini. Apabila bergandingan dengan Gabriel, mereka berdua menjadi pertahanan kental dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Kita lihat Saliba memiliki kualiti yang lebih baik tetapi Gabriel ada pengalaman dan ciri-ciri kepimpinan. Saliba mudah melakukan banyak kesilapan tanpa kelibat dan panduan daripada Gabriel di sebelahnya,” katanya.

Sementara itu, Carragher mahu Saliba meningkatkan prestasi pada musim akan datang jika bintang Perancis tersebut mahu dibandingkan dengan kapten Liverpool, Virgil van Dijk atau legenda Arsenal, Tony Adams.

“Saya harap Saliba menggandakan usaha kerana jika kita lihat pemain pertahanan yang bagus seperti Van Dijk atau Adams, mereka berjaya buat rakan sepasukan menjadi hebat dan digeruni di atas padang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI