fbpx

Kes isteri maut lompat van dirujuk ke TPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita yang ditemui maut di Lebuh Raya Kesas berhampiran R&R Awan Besar pada 6 Mei lalu, dipercayai terjun keluar daripada kenderaan.

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung kes wanita yang ditemui maut di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar, di sini, 6 Mei lalu, melibatkan suami mangsa telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, lelaki berusia 50 tahun itu kini telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh tahanan remannya tamat pada Isnin lalu.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada TPR dan polis sedang melengkapkan beberapa perkara yang diarahkan oleh pihak pendakwaan.

“Kita akan serahkan semula kertas siasatan dalam kadar segera,” katanya ketika ditemui selepas Program Derma Darah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang wanita yang ditemui maut di Lebuh Raya Kesas berhampiran R&R Awan Besar, di sini, 6 Mei lalu, dipercayai terjun keluar daripada kenderaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku selepas mangsa menghadapi pertengkaran dengan suaminya.

Menurutnya, lelaki yang bekerja sebagai penghantar barangan itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Kinrara, Puchong.

Suspek difahamkan mempunyai tiga rekod lampau dan positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan benzodiazepine. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI