fbpx

Kamera ‘speed trap’ rakam itik langgar had laju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor itik  Mallard dirakam terbang melebihi had laju berhampiran bandar Bern pada 13 April lalu. - Facebook

BERN – Pihak berkuasa Switzerland terkejut apabila mendapati kamera perangkap had laju merakam imej seekor itik terbang sebagai ‘pesalah’ yang melanggar undang-undang lalu lintas, lapor akhbar The Guardian semalam. 

Imej haiwan itu dirakam di perkampungan Koniz, bandar Bern pada 13 April lalu. 

Beberapa pesalah yang dikesan melanggar had laju termasuk seekor itik Mallard, demikian menurut Majlis Perbandaran Bern di laman Facebook. 

“Itik itu dikesan terbang pada kelajuan 52 kilometer sejam (km/j) dalam zon 30 km/j. 

“Haiwan itu juga pernah terbang dengan kelajuan, tempat dan tarikh yang sama seperti tujuh tahun sebelum ini,” tambah pihak berkuasa tempatan tersebut. 

Majlis Perbandaran Bern turut mempertimbangkan sama ada imej tersebut adalah palsu tetapi polis tempatan menyatakan bahawa adalah mustahil untuk memanipulasikan imej atau kamera perangkap kelajuan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI