fbpx

Inspektor didakwa terima rasuah RM23,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Faiz (tengah) didakwa menerima rasuah RM23,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM23,000 empat tahun lalu.

Tertuduh, Khairul Faiz Mohd. Zaini, 37, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman.

Penjawat awam itu didakwa menerima rasuah masing-masing RM15,000 dan RM8,000 menerusi isterinya di IPK Terengganu di sini pada 26 Februari 2021.

Wang itu dimasukkan ke dalam akaun bank isterinya daripada dua individu yang merupakan pihak ketiga.

Wang itu sebagai balasan pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan melepaskan tiga suspek kes dadah selain membuang syabu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Kosmo! pada 25 Jun 2024 melaporkan tiga individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah sewaktu memberi keterangan di Pejabat SPRM Terengganu di sini.

Siasatan awal percaya wang rasuah itu digunakan suspek yang kini sudah berpindah di Kedah bersama isterinya untuk tujuan pelaburan judi online. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI