PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Sarawak, Sabah dan Labuan sehingga pukul 7 malam ini.
Menurut MetMalaysia, hujan lebat dijangka melanda Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak).
“Hujan lebat turut melanda Kelantan (Jeli dan Tanah Merah) dan Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).
“Amaran cuaca buruk tersebut turut dikeluarkan di kawasan terjejas di Sarawak iaitu Kapit (Kapit dan Bukit Mabong), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
“Manakala di Sabah bahagian kawasan pedalaman, (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) dan Labuan,” katanya.- KOSMO! ONLINE