fbpx

Gempa bumi kuat landa Barat Kepulauan Tonga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Gempa bumi kuat melanda Barat Kepulauan Tonga pada pukul 12.15 tengah hari tadi.

Menerusi satu hantaran daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa kuat tersebut berukuran 6.4 skala magnitud.

“Kejadian berlaku di 18.8 darjah Selatan dan 175.2 darjah Barat dengan kedalaman 195 kilometer (km).

“Ia terjadi 665km Timur dari Laucala, Fiji,” katanya.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia lanjutan daripada kejadian itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI