fbpx

Brek rosak, langgar lampu isyarat punca lori rempuh motosikal, kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video insiden kemalangan di KM5 Jalan Sitiawan-Lumut di Seri Manjung hari ini.

LUMUT – Sebuah lori yang mengalami masalah brek dan melanggar lampu isyarat menjadi punca sebuah motosikal dan kereta dilanggar di Kilometer 5 Jalan Sitiawan-Lumut di Seri Manjung di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.30 pagi.

Beliau berkata, nahas melibatkan sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki Melayu berumur 19 tahun dari arah Jalan Pinang Raja menghala ke Sitiawan bersama dua buah kereta dari arah sama yang mengikuti dari belakang.

“Apabila sampai di simpang empat lampu isyarat hadapan Wisma Remco, ketika motosikal dan kereta sedang mara, datang sebuah lori dari arah Sitiawan yang mengalami masalah brek dan gagal mematuhi lampu isyarat merah lalu melanggar kesemua kenderaan tersebut.

“Akibat kemalangan, penunggang motosikal mengalami kecederaan di kaki dan dikejarkan ke Hospital Seri Manjung untuk menerima rawatan,” katanya.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati pemandu lori tersebut bebas pengharuh dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes diminta menyalurkannya kepada pegawai penyiasat trafik, Inspektor Nur Syafiqah Baharudin di talian 012-6275962. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI