fbpx

Akta Industri Pelancongan dibentang seawal tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Firdaus ketika sidang akhbar Majlis Penutup Program Bangkit Usahawan Umrah Siri ke-2 di Pejabat Andalusia Kampung Pandan, hari ini. - Foto oleh ISKANDAR ISHAK

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dijangka membentangkan Akta Industri Pelancongan (AIP) 1992 (Akta 482) kepada Jemaah Menteri seawal tahun ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata, beberapa pelan telah dirangka dan diperhalusi melibatkan libat urus pelbagai pemain industri sebelum ia dibentangkan di Parlimen.

“Apabila akta ini telah siap dan telah diperbaiki, ia pasti membawa satu perubahan yang cukup besar dalam sektor pelancongan,” katanya pada sidang akhbar Majlis Penutup Program Bangkit Usahawan Umrah siri ke-2, di sini hari ini.

Katanya, akta berkenaan juga penting dalam memastikan industri umrah benar-benar dalam keadaan baik dan tidak disalahgunakan.

“Akta itu juga akan menitik beratkan pemerkasaan dan kepercayaan para pelanggan terhadap agensi-agensi umrah. Paling penting, bagaimana para pelanggan itu mendapat perkhidmatan yang cukup baik.

“Insya-Allah dengan rangka dan pelan yang dilakukan menerusi pelbagai sesi libat urus, kita cuba usahakan (bentangkan) pada tahun ini. Kalau tidak, pada awal tahun hadapan,” ujarnya.

Terdahulu media melaporkan, MOTAC akan menyemak semula AIP 1992 (Akta 482) dengan mengadakan perbincangan bersama-sama pemain industri sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI