fbpx

9 anggota FRU diberi penghormatan terakhir ikut istiadat PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLAT jenazah diadakan untuk tujuh mangsa yang beragama Islam di Surau Al Mustaqim Unit 5 Pasukan Simpanan Persekutuan Sungai Senam Ipoh sebelum kesemua sembilan mangsa dihantar pulang ke tempat masing-masing untuk dikebumikan. - Foto FADZIL ZAINOL/ KOSMO!

IPOH – Kesemua sembilan jenazah anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang maut dalam nahas jalan raya di Teluk Intan diberikan penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Istiadat penghormatan itu diadakan di FRU Unit 5 Sungai Senam di sini pada pukul 3.30 pagi yang dihadiri lebih 500 orang terdiri daripada warga PDRM dan ahli keluarga serta kepimpinan negeri.

Kesemua jenazah mangsa yang dibawa tiba dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, setelah selesai bedah siasat di Hospital Teluk Intan.

Ketibaan jenazah disambut oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay; Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin; Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee dan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun, Datuk Salbiah Mohamed serta Khairudin Abu Hanifah.

Solat jenazah diadakan buat tujuh mangsa yang beragama Islam sebelum kesemuanya dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI