fbpx

[VIDEO] Gajah ingat kematian anak sampai berbulan-bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menyayat hati seekor gajah menunggu anaknya kemalangan bawah lori.

PETALING JAYA – Gajah yang kehilangan anaknya termasuk mati akibat dilanggar akan meratapi kematian anaknya selama berbulan-bulan.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh aktivis haiwan eksotik @Kakakraptor, gajah dikatakan memiliki memori yang sangat kuat, terutama berkaitan emosi seperti trauma, kasih sayang dan dendam.

“Ibu gajah yang berkabung dan emosi makan masa berminggu bahkan ada yang memakan masa berbulan-bulan sebab kematian anak. Fasa gangguan emosi ini akan lagi teruk jika mati dalam keadaan tragis, macam yang berlaku baru-baru ini berbanding anak gajah yang mati akibat kebuluran atau secara tiba-tiba,” jelasnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seekor gajah betina ‘mengamuk’ dan merosakkan sebuah lori muatan ayam selepas anaknya mati dirempuh di Kilometer 80, Jalan Raya-Timur Barat (JRTB) Gerik Jeli, Gerik, Ahad lalu.

Tambahnya, gajah yang berduka lazimnya enggan meninggalkan jasad anak mereka dan akan cuba ‘menghidupkan’ semula dengan cara menyentuh atau mengheret tubuh anaknya selama beberapa hari.

“Di luar negara, apabila anak gajah mati, pihak berkuasa tidak akan pisahkan jasad anak gajah supaya ibu dia tahu. Mereka akan biarkan supaya si ibu boleh ‘menerima’ yang anak dia dah mati dan sendiri akan tinggalkan anak dia,” katanya.

Namun begitu, dalam kes kemalangan, langkah tersebut sukar dilakukan kerana faktor keselamatan dan aliran trafik.

Menjengah ruangan komen, rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa sedih selain mengharapkan ibu gajah berada di dalam keadaan yang baik sahaja.

“Sebab kes gajah ini aku pun buat penyelidikan. Gajah memang akan usung bangkai anak dia sehingga dia boleh terima. Sekiranya berlaku dalam hutan memang dia akan berada di sisi anak dia,” kata @Onlymiaaa.

“Itu saya tak faham kenapa tak bagi peluang untuk ibu dia tengok anak dia dulu,” kata @Nuridayu.

“Pagi tadi ibu gajah kembali ke tempat kemalangan. Seharian dia berdiri tak makan tengok tempat anak dia. Harap malam ini, sesiapa yang lalu jalan tu boleh bawa perlahan,” kata @Farid. – KOSMO! ONLINE

@kakakraptor And ya, gajah pun boleh meroyan dan boleh mati sebab kemurungan kematian anak🥲 Semoga benda macam ni tak berlaku lagi 🥹 #kakakraptor #gajah ♬ original sound – KakakRaptor 🦖

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI