fbpx

Tiga lelaki dicekup punggah 45.1 tan kelapa untuk seludup ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 45.1 tan kelapa yang dirampas di dalam sebuah treler dan dua buah lori di Kampung Terbak, Tumpat semalam.- Foto IHSAN PGA

TUMPAT – Tiga lelaki dicekup semasa sedang memindahkan sebanyak 45.1 tan kelapa yang bernilai lebih RM1 juta dari sebuah treler ke dua buah lori untuk diseludup ke Thailand di Kampung Terbak di sini kelmarin.

Ketiga-tiga lelaki itu dicekup Pasukan Gerakan Am (PGA) kira-kira pukul 12.30 tengah malam semasa menjalankan tugasan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di sini.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Ab. Hamid berkata, anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah treler dan dua buah lori selepas mendapati ketiga-tiga kenderaan itu berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati, tiga lelaki sedang memindahkan sebanyak 45,100 kilogram kelapa dari sebuah treler ke dalam dua buah lori.

“Ketiga-tiga suspek gagal menunjukkan dokumen pembelian kesemua kelapa tersebut.

“Anggaran kesemua rampasan termasuk tiga buah kenderaan itu dianggarkan bernilai RM1.35 juta. Ketiga-tiga suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kota Bharu untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat mengikut Peraturan 4(2) Akta FAMA 141 Rancangan Pemasaran Kelapa 1973.

Tambahnya, PGA akan terus mempergiat usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa di sempadan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI