fbpx

Russia tembak jatuh pesawat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail serpihan pesawat MH17 di kampung Hrabove, Ukraine. - Foto AFP

MONTREAL  – Agensi penerbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengumumkan bahawa Russia bertanggungjawab dalam nahas  pesawat penumpang Malaysia yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014.

Dalam nahas itu, semua 298 penumpang dan  kru yang menaiki pesawat MH17 itu terbunuh.

Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (OCAO) berpangkalan di Montreal, Kanada berkata, dakwaan Australia dan Belanda mengenai pesawat itu yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014  mempunyai asas kukuh dari segi fakta serta undang-undang.

“Russia gagal untuk menegakkan kewajibannya di bawah undang-undang udara antarabangsa melibatkan Penerbangan Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh,” kata agensi itu dalam satu kenyataan petang semalam.

Menurut OCAO, ini kali pertama dalam sejarah majlisnya membuat keputusan berdasarkan merit susulan pertikaian antara negara-negara anggotanya berhubung perkara itu.

Pada 17 Julai 2014, pesawat Boeing 777 itu yang dalam perjalanan dari Amsterdam menuju  Kuala Lumpur  terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine di mana kumpulan pemisah pro-Russia sedang bertempur dengan tentera Ukraine.

Pesawat itu terkena peluru berpandu darat ke udara buatan Russia. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI