fbpx

Rompak pakai pistol mainan, minyak motosikal habis tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA kerugian 700 baht apabila wang diletakkan di dalam poket apron dilarikan suspek. - Khaosod

BANGKOK – Seorang lelaki di wilayah Udon Thani yang melakukan rompakan menggunakan pistol mainan ditangkap apabila motosikal dinaikinya kehabisan minyak di tengah jalan, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang (waktu tempatan) semalam, suspek makan di sebuah gerai mi sebelum dia merompak pemilik premis tersebut.

Pemilik kedai, Udomlak Boonsuk, 69, berkata, suspek secara tiba-tiba menghampirinya sambil mengacukan sepucuk pistol dan menarik apron dipakainya.

Di dalam poket hadapan apron tersebut, terdapat wang tunai sebanyak 700 baht (RM90).

Mangsa menjerit meminta tolong ketika suspek melarikan diri, menyebabkan soerang lelaki, Anuwat Sree-in, mengejar pencuri tersebut.

Tiba di satu persimpangan, Anuwat melihat motosikal yang dinaiki suspek berhenti di tengah jalan.

Selepas menghampiri suspek, Anuwat mendapati bahawa motosikal tersebut kehabisan minyak lalu dia menghubungi polis.

Selepas diperiksa, suspek mengakui bahawa senjata api yang dibawa adalah pistol mainan yang dibeli di pasar.

Suspek kini ditahan dan didakwa atas kesalahan melakukan rompakan melibatkan kenderaan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI