PETALING JAYA – Jabatan Metrologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di 11 negeri sehingga pukul 9 malam hari ini.
MetMalaysia berkata, cuaca buruk itu dijangka melanda keseluruhan kawasan Kuala Lumpur dan Putajaya serta beberapa kawasan di Kedah membabitkan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Di Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) manakala Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim)
“Bagi Negeri Sembilan, kawasan terkesan antaranya Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin sementara di Terengganu (Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) termasuk Johor iaitu (Mersing dan Kota Tinggi),” katanya hari ini.
Selain itu, ribut petir turut melanda Selangor yang tertumpu di kawasan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang serta Pahang iaitu Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh dan Kuantan.
Sarawak pula melibatkan Kuching (Kuching), Serian, Sri Aman (Sri Aman), Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri dan Limbang.
Amaran ribut petir turut dikeluarkan bagi kawasan di Sabah iaitu di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan dan Keningau). – KOSMO! ONLINE