TELUK INTAN – Pemandu trak yang membawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Sungai Lampam di sini hari ini, dilaporkan turut meninggal dunia.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon ketika dihubungi sebentar tadi.
Menurut Sayani, maklumat terbaru itu menjadikan jumlah mangsa yang terkorban dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan seramai sembilan orang.
“Difahamkan, jumlah anggota FRU yang terlibat dalam kemalangan itu ialah seramai 18 orang di mana lapan daripadanya maut dan 10 orang lagi cedera,” katanya. -KOSMO! ONLINE