fbpx

Nahas FRU: Baru hilang anak perempuan, kini suami tercinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOWISSEMBORISXS ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

TELUK INTAN – Isteri Koperal Nurit Pandak, 34, anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang maut dalam kemalangan tragis di sini pagi ini menerima ketentuan takdir kehilangan suami dan anak dalam tempoh kurang dua tahun.

Jowissemborisxs Bah Johan, 36, berkata, suaminya telah berkhidmat selama lebih 10 tahun sebagai anggota polis.

“Kami berkahwin selama empat tahun. Sebelum ini kami mempunyai anak perempuan, tetapi meninggal dunia pada tahun lepas (Februari 2024) kerana masalah jantung.

“Kini dia (Nurit) pula meninggalkan saya dan keluarga. Ini (kehilangan) memang amat menyedihkan,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Teluk Intan (HTI) di sini hari ini.

Kemalangan tragis yang mengorbankan sembilan anggota FRU itu dilaporkan berpunca daripada rempuhan lori yang membawa muatan batu di Jalan Sungai Manik-Sungai Lampam pagi tadi.

Nahas berlaku ketika tujuh konvoi kenderaan FRU dalam perjalanan pulang ke Ipoh setelah selesai penugasan perayaan Chitra Pournami di daerah Hilir Perak.

Bercerita lanjut, Jowissemborisxs berkata, suaminya sememangnya meminati kerjaya sebagai anggota polis dan kehilangan anak perempuan mereka pada tahun lalu tidak mematahkan semangat suaminya.

“Siapa yang tidak sedih kehilangan anak perempuan. Namun, beliau (suami) sedih tidak lama dan menerima ketentuan itu sebaiknya.

“Kini, saya terpaksa menerima kehilangannya setelah hidup bersama selepas lebih empat tahun,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI