fbpx

Jambatan ‘cap ayam’, runtuh selepas 14 hari siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kereta terbalik selepas jalan raya runtuh. - Foto VNExpress

HANOI – Satu bahagian jambatan yang baru dirasmikan di Wilayah Tay Ninh, Vietnam runtuh Ahad lalu, hanya dua minggu selepas dibuka, lapor portal berita VNExpress semalam.

Kejadian itu menyebabkan sejumlah kenderaan terjunam ke dalam ‘jurang’ sedalam 3 meter dan menyebabkan tujuh orang cedera.

Jambatan sepanjang 450 meter dan lebar 12 meter  itu menelan kos pembinaan lebih 37 bilion dong (RM6 juta).

Pada pukul 4 pagi (waktu tempatan), Nguyen Van Tinh, 43, sedang memandu kereta menuju ke jambatan bersama tiga penumpang apabila kenderaan itu terjatuh ke dalam lubang. 

Kereta itu terbalik dan rosak, manakala mereka yang menaikinya cedera.

Pada masa sama, dua motosikal yang membawa tiga orang kesemuanya turut terjatuh ke dalam jurang. 

Kesemua mangsa yang terlibat dibawa ke Hospital Besar Tay Ninh.

Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Daerah Chau Thanh, Le Ngoc An berkata, hujan lebat di kawasan itu sejak beberapa hari lalu mungkin menyumbang kepada kejadian tersebut.

Pihak berkuasa telah menutup jalan itu dan mengarahkan orang ramai untuk mengambil laluan alternatif. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI