fbpx

Hakim Danish tak kenal erti menyerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAKIM berjaya menaiki podium kali keempat berturut-turut dalam saingan Red Bull Rookies Cup musim ini.

PELUMBA muda sensasi negara, Hakim Danish Ramli membuktikan semangat juangnya tidak pernah luntur apabila berjaya bangkit selepas terjatuh untuk memastikan tempat kedua menjadi miliknya dalam Pusingan 2 Red Bull Rookies Cup di Litar Le Mans, Perancis kelmarin.

Perlumbaan penuh mencabar dalam keadaan hujan itu menyaksikan Hakim, 17, memulakan aksi dari petak utama, namun terjatuh seawal pusingan pertama menyebabkannya tergelincir ke kedudukan terakhir.

Namun, Hakim tidak mudah menyerah kalah apabila bangkit mengangkat motosikal sebelum memotong seorang demi seorang pelumba di hadapan untuk menamatkan saingan di tempat kedua sekali gus menjadi podium keempat berturut-turutnya musim ini.

“Alhamdulillah, saya berjaya menamatkan perlumbaan 2 di Le Mans ini di kedudukan podium.

“Permulaan agak kurang baik apabila saya terjatuh di awal pusingan pertama. Saya angkat motosikal untuk teruskan perlumbaan. Saya kejar semula dan cuba memotong sebanyak mungkin pelumba dengan penuh semangat.

“Dalam keadaan hujan, semakin tenang, semakin laju kita boleh pergi dan itulah yang saya pegang sepanjang perlumbaan ini,” kata Hakim yang turut cemerlang meraih kedudukan kedua sewaktu perlumbaan 1 walaupun dikenakan long lap penalty pada Sabtu lalu.

Kemenangan itu menyaksikan Hakim terus gah mendahului carta keseluruhan kejuaraan dengan 80 mata, meninggalkan pencabar terdekat dari Australia, Benat Fernandez di tempat kedua (57 mata) diikuti pelumba Sepanyol, Brian Uriarte (50 mata).

Hakim kini mengalihkan fokus ke Litar Motorland Aragon di Sepanyol untuk aksi seterusnya berlangsung 7 dan 8 Jun ini dalam usaha meneruskan dominasi untuk meraih gelaran juara keseluruhan musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI