fbpx

Dah macam balik raya, atas gunung pun sesak teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bilangan pendaki melebihi kapasiti maksimum yang ditetapkan. - Istimewa

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi di sebuah gunung yang dibanjiri ribuan pendaki sehingga menyebabkan kesesakan pada laluan trek, lapor laman berita Berita Satu semalam.

Kejadian berlaku di Gunung Gede dalam wilayah Jawa Barat pada trek laluan Putri, Cibodas.

Menurut keterangan hantaran yang dimuat naik di laman sosial, keadaan itu berlaku susulan cuti hujung minggu panjang ketika cuti umum Hari Wesak yang disambut semalam.

Menurut seorang sukarelawan, Andri Gunawan, keadaan seumpama itu kerap terjadi ketika cuti panjang.

Katanya, jumlah pendaki jauh melebihi kuota rasmi yang ditetapkan Pusat Taman Negara Gunung Gede Pangrango (TNGGP).

“Ketika cuti panjang seperti ini, pendakian ke Gunung Gede tidak terkawal. 

“Berdasarkan data sistem Simaksi, jumlah maksimum sepatutnya sekitar 600 hingga 800 orang, tetapi hari ini ia mencecah ribuan orang,” kata Andri.

Tambahnya, kepadatan pendaki bukan sahaja menimbulkan rasa tidak selesa, malah meningkatkan risiko kemalangan dan berpotensi merosakkan ekosistem laluan pendakian. 

Andri turut menekankan bahawa wujudnya kegiatan pendakian haram melalui laluan tidak rasmi yang sering dilindungi oleh pegawai tertentu.

“Apa yang kita bimbang adalah kerosakan alam sekitar, daripada sampah yang bertaburan kepada kepadatan pendaki haram yang masuk melalui kem haram,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI