SINGAPURA – Seorang wanita yang tinggal tanpa membayar sewa di rumah ibu bapanya selama 31 tahun akhirnya diusir keluar oleh ibunya yang sudah tua, lapor portal berita MSNews.
Anak perempuan itu kemudiannya menyaman ibunya yang berusia 91 tahun di Mahkamah Tinggi Singapura tetapi kalah kes tersebut.
Menurut akhbar Shin Min Daily News, plaintif, Rita Kishinchand Bhojwani, menyaman ibunya yang sudah tua dikenali sebagai Maya, sebuah syarikat hartanah milik keluarga dan salah seorang pengarahnya.
Dia menyaman ibunya selepas diusir keluar dari unit kondominum tersebut pada 2021.
Rita berpindah semula ke rumah ibu bapanya pada tahun 1994 selepas berkahwin dan tinggal di sana bersama anaknya.
Ibunya, yang juga pengarah syarikat hartanah itu telah menandatangani perjanjian sewa dengan firma tersebut dan membayar SGD$6,000 (RM20,000) sebagai sewa bulanan. – AGENSI