fbpx

[VIDEO] Dua wanita suka hati curi, buka parcel orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman video tular menunjukkan seorang lelaki menahan dua wanita yang mencuri dan membuka parcel milik individu lain di Bandar Seri Alam, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Polis Johor sedang menjalankan siasatan berhubung insiden dua wanita bertindak mencuri dan membuka ‘parcel’ di sebuah kawasan perumahan di Bandar Seri Alam, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki berusia 44 tahun.

Katanya, video tentang kejadian turut tular di media sosial.

“Siasatan dibuat mendapati kejadian berlaku pada pukul 3.49 petang, Jumaat lalu.

“Berdasarkan rakaman tular itu, dua wanita dilihat sedang membuka ‘parcel’ yang bukan milik mereka sebelum tindakan tersebut dihentikan seorang lelaki,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohd. Sohaimi memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Siasatan dibuat turut melibatkan syarikat penghantaran, pemilik parcel serta kedua-dua suspek berkenaan. Manakala mana-mana individu awam yang mempunyai maklumat boleh membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat di talian 018-9584479 atau 07-3864222,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI