fbpx

[VIDEO] ‘Diambil sudah telefonmu oleh PMX’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan Perdana Menteri mengusik salah seorang rakyat Tawau dengan mengambil telefon wanita tersebut.

PETALING JAYA – Tular di media sosial mengenai satu video yang memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengusik rakyat di Tawau, Sabah ketika kunjungan beliau ke negeri itu semalam.

Menerusi video tular itu, Anwar dilihat berjalan sambil menyapa orang ramai yang sedang merakam gambar dan video beliau.

Anwar kemudian dilihat mengambil telefon seorang wanita yang sedang merakam gambarnya dengan tujuan berseloroh.

Wanita itu kelihatan terkejut dan menjerit kepada rakan-rakannya sambil berkata ‘diambil sudah telefon aku’.

Anwar yang berjalan ke depan sambil tersenyum kemudian memulangkan gajet tersebut kepada pemiliknya.

Orang ramai yang berada di lokasi tersebut dilihat terkejut namun teruja apabila diusik oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang memuji pendekatan Perdana Menteri ke-10 itu yang dianggap mesra rakyat dan ‘sporting’.

“Berjiwa rakyatlah PMX ini,” kata Hartini.

“Bagus PMX pandai bergurau dengan rakyat Tawau, terima kasih datang ke Tawau,” ujar Firdaus.

“Jaga baik-baik telefon, jangan dicuci. Mahal ada cap jari Perdana Menteri,” usik Faizul. – KOSMO! ONLINE

@tanhusin diambil sudah HP mu oleh PMX🤣 #pmrsabah2025 #pmx #rtm ♬ original sound – TSS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI