fbpx

[VIDEO] ‘Ada nampak anak saya tak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan ibu gajah masih mencari anaknya yang mati dalam nahas dilanggar lori di Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli.

PETALING JAYA – Seekor gajah betina kembali ke lokasi kejadian kemalangan hari ini dipercayai bagi mencari anaknya yang dilanggar mati sebuah lori di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di Perak semalam.

Menurut perkongsian @Wafiyzulkhairi di TikTok, mamalia itu datang semula ke lokasi anaknya dilanggar meskipun sudah dipindahkan ke habitat asal dalam hutan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Difahamkan, ibu gajah itu dilepaskan Perhilitan sejauh 1 kilometer dari kawasan kemalangan tersebut.

“Sayu hati, naluri ibu tidak pernah padam, ia (ibu gajah) masih menunggu walaupun anaknya tidak akan kembali, mungkin ia bertanya secara metafora keberadaan anaknya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai turut meluahkan rasa sedih selain mengharapkan sang ibu berada dalam keadaan baik.

“Kesiannya si ibu (gajah), merayau-rayau mencari anaknya, mesti kesedihan yang amat sangat, tentu tidak makan,” kata @Blackrose_24.

“Ya Allah, engkau hilangkanlah rasa kesakitan kehilangan daripada hati ibu gajah ini,” kata @Mawarkasih.

Sementara itu, orang ramai juga kesal kerana haiwan liar tersebut berkemungkinan tidak tahu akan kematian anaknya kerana tidak berada di lokasi karkas haiwan itu ditanam.

“Seharusnya biar ia (ibu gajah) faham dan diperlihatkan masa anaknya ditanam kerana naluri yang diberikan pasti ada kefahaman untuk setiap makhluk bergelar ibu,” kata @Jassujum.

“Mungkin sebab tak jumpa anaknya buat kali terakhir sebab itu ia rasa anak hidup lagi. Sedihnya,” balas @DilaRofaee.

Dalam pada itu, ada juga pengguna media sosial yang mencadangkan pihak kerajaan supaya mencari pengganti anak gajah bagi mengurangkan rasa sedih yang ditanggung haiwan tersebut.

“Cuba bagi anak gajah yatim piatu, harap dapat hilangkan kesedihan,” ujar @Wan_ee.

“Perhilitan tolong cari anak gajah lain untuk menggantikan anak yang sudah tiada, biar pulih emosi ibu gajah ini,” cadang @Amyrudzi.

Semalam Kosmo! Online melaporkan satu rakaman video memaparkan seekor gajah betina cuba ‘menolak’ sebuah lori yang dipercayai melanggar mati anaknya di Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli pada pukul 2.30 pagi semalam sehingga mengundang sebak dalam kalangan orang ramai.

Video berdurasi satu minit 11 saat yang tular itu memaparkan kemalangan membabitkan lori muatan ayam dan seekor anak gajah terperosok di bawah kenderaan berat tersebut. – KOSMO! ONLINE

@kutupai Lalu jalan Jeli/Gerik tadi… nampak ibu gajah ni masih cari anak dia yang dah mati kena langgar. Sayu hati, Naluri ibu tak pernah padam… dia masih menunggu walau anaknya takkan kembali. #JalanGerik #PuncakTitiwangsa ♬ bunyi asal – DiangDiana@ – cikdyane79

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI