fbpx

Suami isteri didakwa esok, disyaki dera bayi dua bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK dibawa ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh baru-baru ini kerana dipercayai mendera anak mereka.

MELAKA – Sepasang suami isteri yang disyaki mendera anak lelaki mereka berusia dua bulan sehingga kritikal minggu lalu akan didakwa di Mahkamah Alor Gajah, esok.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pendakwaan akan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendedahkan kanak-kanak kepada kecederaan fizikal dan emosi.

“Tindakan itu diambil selepas siasatan polis mendapati bayi berkenaan dipercayai mengalami penderaan berterusan termasuk kecederaan lama dan baharu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Pada 7 Mei lalu, media melaporkan Mahkamah Sesyen Ayer Keroh membenarkan pasangan terbabit direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Difahamkan, kejadian terbongkar selepas bayi lelaki itu dihantar oleh ibunya ke Hospital Alor Gajah dalam keadaan tidak sedarkan diri pada malam 5 Mei lalu dan mendakwa kononnya anaknya terkena sawan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI