fbpx

Pendaki gunung resah dipaksa sewa ‘kain tolak bala’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gunung Lawu di wilayah Jawa Tengah. - Tribun Travel

JAKARTA – Pendaki Gunung Lawu, wilayah Jawa Tengah meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila mereka diwajibkan menyewa kain sebelum memulakan pendakian, didakwa untuk menolak bala, lapor laman berita Tribunnews.

Menurut seorang aktivis, Eko Supardi Mamora, pendaki sudah  lama mengeluh mengenai khidmat sewa yang dibuat oleh penduduk setempat.

“Ramai pendaki Gunung Lawu yang menggunakan laluan Cetho mengeluh,” katanya.

Tambah Eko, penjual yang mendakwa diri mereka daripada Lembaga Penduduk Kampung Hutan mewajibkan pendaki menyewa kain pada harga 5,000 rupiah (RM1.30).

“Penjual-penjual ialah penduduk setempat. Mereka meminta pendaki menyewa kain yang disediakan pada harga 5,000 rupiah,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pelancongan, Belia dan Sukan daerah Karanganyar, Hari Purnomo berkata, perkhidmatan sewaan kain tersebut tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.

“Mereka mendakwa bahwa lokasi tersebut adalah tempat suci sehingga orang yang melaluinya harus memakai kain sebagai bentuk menghindar daripada bencana.

“Namun, ia tidak mendapat keizinan daripada Jabatan Hutan,” katanya.

Tambahnya, rundingan akan dilakukan antara pihak berkuasa dengan wakil penduduk setempat bagi menyelesaikan masalah tersebut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI