fbpx

Pak cik ‘skinhead’ pukul vokalis guna tong sampah diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian terbabit.

JOHOR BAHRU – Polis Johor memburu sekumpulan lelaki yang bertindak memukul beramai-beramai termasuk suspek yang menggunakan tong sampah sebagai senjata dalam satu kejadian di sebuah gymnasium di Wadi Hana, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya telah meminta kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengesan pemilik akaun Facebook yang memuat naik rakaman video asal di media sosial.

“Kesemua suspek dan individu terlibat sedang dikesan bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.Kejadian dipercayai berlaku kelmarin semasa satu perhimpunan tidak rasmi kumpulan skinhead yang dinamakan sebagai ‘Remember 69 Rundown’.

“Menerusi rakaman video tular, didapati seramai enam lelaki memukul seorang individu lain, dengan salah seorang suspek menggunakan tong sampah sebagai senjata,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Raub, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat boleh hubungi talian 07-2182323 untuk membantu siasatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI