fbpx

MRSM Kepala Batas kini MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tiga dari kiri) hadir Majlis Pemasyhuran MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi di Kepala Batas, hari ini.

SEBERANG PERAI – Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas secara rasmi dinamakan semula sebagai MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi mengenang jasa dan sumbangan Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pemasyhuran MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan pengiktirafan dan penghormatan khas kepada Allahyarham, seorang tokoh yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Majlis bersejarah itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKWD), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pemasyhuran MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Dato’ Abdul Fatah sini, hari ini.

Hadir sama ialah anak lelaki kepada Allahyarham Tun Abdullah iaitu Tan Sri Kamaluddin Abdullah dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sementara itu, Asyraf berkata, penubuhan MRSM Kepala Batas sebelum ini merupakan idea Allahyarham Tun Abdullah yang telah dirasmikan pada 29 Mac 2009.

“Saya amat memahami, orang Kepala Batas terutamanya sudah tentu merasakan ini merupakan satu penghormatan amat besar kepada mereka.

“Tapi sudah tentu, penghormatan ini dengan menamakan MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak akan mungkin dapat membalas segala jasa dan budi Almarhum yang dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.

“Beliaulah memainkan peranan besar dan saya sendiri secara peribadi amat terhutang budi dengan Almarhum kerana beliau orang pertama yang menarik saya dan meminta saya terlibat secara langsung, berhenti dan melepasksn jawatan saya dalam Universiti Islam Antarabangsa untuk bertanding dalam pillihan raya,” ujarnya.

Tun Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir pada 7.10 malam Isnin di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi yang terletak di Kepala Batas, Seberang Perai Selatan mula beroperasi pada 1 Mac 2007 dengan pengambilan pertama kumpulan pelajar seramai 359 orang pada 16 April 2007. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI