fbpx

Kes bayi diserang sawan tunggu 11 jam, kerajaan negeri arah siasatan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hee Sem mengarahkan siasatan segera terhadap dakwaan kelewatan rawatan melibatkan seorang bayi perempuan didakwa menunggu hampir 11 jam di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka sebelum diserang sawan.
MELAKA – Kerajaan negeri mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap dakwaan seorang bayi perempuan berusia 22 bulan dibiarkan menunggu hampir 11 jam di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka sebelum diserang sawan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, beliau telah menghubungi Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Ruzita Mustaffa selepas dimaklumkan mengenai kes tular berkenaan pagi tadi.
Menurutnya, beliau telah mengarahkan pihak berkenaan menjalankan siasatan segera bagi mengetahui punca sebenar dan berharap orang ramai termasuk media tidak membuat sebarang spekulasi sehingga laporan lengkap diperolehi.
“Kerajaan negeri memandang serius dakwaan tersebut kerana melibatkan kesihatan dan keselamatan pesakit, lebih-lebih lagi melibatkan bayi.
“Kita tidak mahu perkara seperti ini berulang dan sekiranya siasatan mendapati wujud kecuaian, tindakan sewajarnya akan diambil,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.
Terdahulu, tular sebuah rakaman berdurasi 13 minit di media sosial memaparkan bayi berkenaan yang sedang menangis kesakitan dipercayai akibat demam panas, sekali gus mencetuskan rasa simpati dan kemarahan orang ramai.
Video tersebut turut disertakan dengan luahan ibu mangsa, Siti Aishah Rahim, 27, yang mendakwa anak sulungnya, Siti Farha Adelia Mohd. Firdaus, tidak menerima rawatan sepatutnya sejak mereka tiba di hospital kira-kira pukul 2.30 petang sehingga terpaksa menunggu selama 11 jam, Sabtu lalu. – KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI