fbpx

Kelibat harimau kumbang dikesan di Temiang-Pantai Bypass

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular seekor harimau kumbang dirakam sedang melintas di Jalan Temiang-Pantai Bypass, di sini, sejak pagi tadi.

SEREMBAN – Kelibat seekor harimau kumbang dirakam sedang melintas di Jalan Temiang-Pantai Bypass, di sini, sehingga tular dalam media sosial sejak pagi tadi.

Video berdurasi 11 saat itu memaparkan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kehadiran haiwan dilindungi itu dari kawasan hutan di bahu kiri jalan.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, pihaknya masih belum menerima laporan orang awam berhubung video tular tersebut.

“Sekiranya mengikup ‘map’ yang dikongsikan kawasan tersebut merupakan laluan highway Temiang – Pantai. Unit Konservasi Harimau Malaya Negeri Sembilan akan menyiasat rakaman tular ini.

“Sekiranya benar laluan highway ini, harimau kumbang tersebut sebenarnya sedang cross (menyeberangi) antara hutan bersebelahan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI