fbpx

Kad merah punca Chelsea tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACKSON diarah meninggalkan padang selepas mengutip kad merah ketika tewas kepada Newcastle semalam.

LONDON – Layangan kad merah diterima penyerang, Nicolas Jackson menjadi punca utama Chelsea gagal membawa pulang tiga mata selepas tewas 0-2 kepada Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di St. James Park semalam.

Pemain antarabangsa Senegal itu diarah keluar padang seawal minit ke-36 selepas video bantuan pengadil (VAR) mendapati dia menyiku muka pemain pertahanan The Magpies, Sven Botman.

Pengurus Chelsea, Enzo Maresca berang dengan tindakan Jackson memandangkan ia merupakan satu perlawanan cukup penting di mana kemenangan mampu menjadi penentu sama ada mereka layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan ataupun tidak.

“Sudah tentu ia (kad merah) memberi impak kepada perlawanan, 100 peratus tidak boleh dinafikan lagi. Dia (Jackson) perlu belajar daripada kesilapan ini, terutamanya kita sudah berada di penghujung saingan.

“Ini adalah salah satu perkara yang perlu dielakkan kerana kami memerlukan khidmat semua pemain. Sekarang dia sudah tidak boleh bermain sehingga musim berakhir, saya akan bercakap dengannya nanti,” katanya.

Pada perlawanan itu, Newcastle mendahului perlawanan seawal minit kedua menerusi Sandro Tonali sebelum melengkapkan kemenangan 2-0 hasil jaringan Gruno Guimaraes di penghujung permainan.

“Bagaimanapun, saya fikir kami bermain jauh lebih baik di separuh masa kedua dengan semua pemain menunjukkan semangat juang tinggi dan bekerja keras. Kami ada dua atau tiga peluang untuk jaringkan gol tetapi tidak bernasib baik,” ujar Maresca. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI