fbpx

Gajah penyayang lindung wanita daripada hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua ekor gajah melindungi Chailert daripada terkena hujan. - Instagram

BANGKOK – Sebuah video tular di media sosial memaparkan situasi menyentuh hati ketika seorang pengasas sebuah taman pemuliharaan di Thailand dilindungi oleh dua ekor gajah ketika hujan lebat, lapor laman berita Hindustan Times.

Dalam video tersebut, Lek Chailert yang mengasaskan Yayasan Menyelamat Gajah dilihat berdiri dalam hujan sambil memakai baju hujan.

Dua ekor gajah bernama Chaba dan Thong Ae kemudian menghampirinya serta berdiri rapat dengan wanita tersebut ketika hujan lebat diiringi guruh.

“Apabila saya memakai baju hujan, Chaba dengan penuh kelembutan memeriksa keadaan saya dengan cara menyentuh saya menggunakan belalainya.

“Ia kemudian memberikan kucupan kepada saya seolah-olah berkata ‘jangan risau, semuanya akan baik-baik sahaja’,” tulis Chailert pada keterangan video.

Kedua-dua haiwan itu kemudian dilihat berjalan beriringan sambil Chailert berada di tengah-tengah dan melindungi wanita tersebut daripada terkena hujan.

“Jika manusia boleh benar-benar membuka hati serta melihat gajah sebagai sesama makhluk dan bukannya haiwan, kita akan menemui keindahan lembut dan tulus yang ia bawakan.

“Melalui sikapnya, kami menyaksikan makna sebenar kasih sayang yang murni, cinta tanpa syarat, penuh empati dan diberikan dengan keikhlasan paling mendalam,” kata Chailert.

Video dimuat naik di laman Instagram itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial dengan ramai mengaku tersentuh melihat sikap gajah tersebut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI