fbpx

Bayi demam diserang sawan didakwa dibiarkan menunggu 11 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi perempuan berusia 22 bulan diserang sawan selepas didakwa terpaksa menunggu hampir 11 jam untuk mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Melaka, Sabtu lalu.

MELAKA – Seorang ibu meluahkan rasa kecewa apabila anak perempuannya berusia 22 bulan diserang sawan selepas didakwa terpaksa menunggu selama hampir 11 jam bagi mendapatkan rawatan di Hospital Melaka, di sini pada Sabtu lalu.

Kejadian itu menjadi tular selepas wanita terbabit, Siti Aishah Rahim, 27, berkongsi pengalaman menyedihkan tersebut menerusi beberapa hantaran di laman Facebook.

Katanya, dia bersama ibu membawa anak sulungnya, Siti Farha Adelia Mohd. Firdaus ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka pada pukul 2.30 petang selepas mendapati badan bayinya semakin panas.

Sebaik sampai di hospital berkenaan, jururawat didakwa mengambil darah, namun tiada tindakan lanjut sehingga suhu badan bayi tersebut mencecah 40 darjah Celsius.

“Walaupun berulang kali bertanya kepada petugas mengenai rawatan, saya hanya diminta menunggu sehingga anak kejang akibat sawan kira-kira pukul 1 pagi keesokan harinya.

“Ketika (sawan) itu barulah anak saya dipindahkan ke Zon Kuning. Saya berasa sangat terkilan apabila lihat anak bertarung nyawa baru (pihak hospital) nak bertindak,” katanya kesal.

Siti Aishah turut mendakwa, layanan yang diterima ketika di Zon Hijau seolah-olah sambil lewa dan tidak sensitif dengan keadaan anak kecilnya yang kritikal. Difahamkan, Siti Farha kini disahkan dijangkiti Adenovirus sejenis virus yang menyerang sistem pernafasan, mata dan saluran penghadaman.

Wanita terbabit ketika dihubungi memaklumkan, anaknya masih belum stabil dan sedang menerima rawatan antibiotik.

“Pihak pengurusan tertinggi Hospital Melaka sudah datang melawat dan meminta maaf. Mereka juga berjanji akan menyiasat perkara ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI