fbpx

Arsenal ‘naik hantu’ borong pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GYOKERES (kanan) dikatakan mendapat respon positif daripada Pengarah Sukan Arsenal, Andrea Berta. - AFP

LONDON – Biarpun musim ini belum berakhir, Arsenal yang dipalit kegagalan di pentas Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan Liga Perdana Inggeris (EPL), kini mula mengorak langkah awal apabila sedang mendahului pencabar lain untuk menyiapkan skuad yang terbaik.

Tewas kepada Liverpool dalam perebutan EPL selain tersingkir Piala Liga Inggeris, Piala FA dan UCL menyaksikan Arsenal tanpa sebarang trofi musim ini sememangnya cukup perit untuk ditelan pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

Berdasarkan laporan di Eropah, The Gunners seakan dirasuk apabila semakin ghairah untuk melakukan tindakan lebih awal di mana Arteta kini dikatakan mendapat sokongan daripada pihak pengurusan yang bersedia untuk menyediakan dana besar buat pasukannya.

Rentetan isu kecederaan di posisi serangan musim ini, Arteta tidak mahu terlalu bergantung kepada Bukayo Saka dan dikatakan sudah berjaya mendapat persetujuan lisan dengan Viktor Gyokeres walaupun penyerang Sporting Lisbon itu turut diminati Manchester United.

Arsenal dilaporkan sudah membuat tawaran rasmi kepada Sporting untuk membeli Gyokeres yang merekodkan 52 gol dalam 49 perlawanan musim ini dan dipercayai perpindahan itu mungkin menelan belanja lebih €70 juta (RM338.5 juta).

Tanda harga Alexander Isak mungkin lebih tinggi, namun bekas kapten Arsenal, William Gallas menganggap pembelian penyerang Newcastle United itu adalah lebih berbaloi berbanding mendapatkan servis Gyokeres.

“Kamu boleh jadi pemain yang bagus bersama kelab tetapi apabila kamu datang ke EPL, ia pasti berbeza. Tiada siapa menafikan Gyokeres sebagai penyerang paling hangat di Eropah.

“Tetapi dia melakukannya di Portugal, jadi masih ada keraguan tentang aksinya di EPL. Kita kena beri masa untuk dia sesuaikan diri seperti apa yang dilakukan oleh Isak,” katanya.

Kelmarin, Arsenal dikatakan sudah melengkapkan perpindahan mendapatkan jeneral tengah Real Sociedad, Martin Zubimendi selain beberapa pemain di posisi lain seperti No. 9, sayap dan penyerang kedua bakal hadir bulan depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI