fbpx

Anwar ucap Selamat Hari Wesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan Selamat Hari Wesak yang dimuat naik di Facebook ANWAR IBRAHIM.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di seluruh negara.

Menerusi hantaran di Facebook beliau berkata, Hari Wesak adalah peringatan penting terutamanya dalam mengangkat nilai-nilai universal.

“Hari Wesak adalah peringatan penting terutamanya dalam mengangkat nilai-nilai universal yang mencakup persoalan serta prinsip belas, kerukunan dan kedamaian.

“Di Malaysia, sambutan Hari Wesak lantas mengajak serta menjentik nurani masyarakat untuk bersama menyemarak karamah insaniah dan menyuguh prinsip hormat yang tulus sesama insan di tengah kemajmukan,” katanya.

Jesteru, beliau menyeru supaya ia disemangati demi keharmonian negara.

“Saya menyeru semua kita untuk menyemangatinya demi negara yang berukun dan berpadu.

“Ia sekali gus mengekal tradisi dan budaya yang terangkum,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI