fbpx

Amerika, China setuju potong tarif 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BESSENT (kiri) dan Wakil Perdagangan AS, Jamison Geer bercakap kepada wartawan di Geneva semalam. – AFP 

GENEVA – Amerika Syarikat (AS) dan China hari ini mengumumkan perjanjian mengurangkan tarif timbal balik secara drastik selama 90 hari, meredakan perang perdagangan yang menggegarkan pasaran kewangan dan menimbulkan kebimbangan berlakunya kemelesetan ekonomi global.

Selepas perbincangan pertama Washington-Beijing sejak Presiden Donald Trump melancarkan perang perdagangannya, dua ekonomi terbesar dunia itu bersetuju menurunkan tarif tiga angka masing-masing kepada dua angka dan meneruskan rundingan.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent menyifatkan perbincangan hujung minggu bersama Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng serta wakil perdagangan antarabangsa, Li Chenggang sebagai ‘produktif’ serta ‘kukuh’.

Kedua-dua belah pihak menunjukkan rasa hormat yang tinggi,” kata Bessent kepada pemberita di Geneva.

Trump mengenakan cukai 145 peratus ke atas import dari China bulan lepas, jauh lebih tinggi berbanding tarif 10 peratus untuk negara lain dalam perang tarif global yang dilancarkan Washington pada bulan lepas.

Beijing membalas dengan mengumumkan tarif 125 peratus ke atas barangan AS.

Bessent berkata, kedua-dua pihak bersetuju mengurangkan tarif timbal balik masing-masing sebanyak 115 mata peratusan, menjadikan tarif AS turun kepada 30 peratus dan tarif China susut menjadi 10 peratus.

AS dan China juga  bersetuju ‘mewujudkan mekanisme untuk meneruskan perbincangan mengenai hubungan ekonomi dan perdagangan’ dua hala.

China memuji ‘kemajuan besar’ yang dicapai dalam rundingan tersebut.

Langkah ini adalah demi kepentingan kedua-dua negara dan kepentingan bersama dunia,” kata Kementerian Perdagangan China, sambil menambah, Beijing berharap Washington akan terus bekerjasama ‘untuk membetulkan amalan salah kenaikan tarif unilateral’.

Mata wang dolar AS yang menjunam selepas Trump melancarkan serangan tarifnya pada April lalu, melonjak naik selepas berita itu diumumkan hari ini, manakala niaga hadapan saham AS turut mencatat kenaikan tinggi. Selain itu pasaran saham Eropah dan Asia juga melonjak naik. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI