PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut Buddha di negara ini.
Turut menzahirkan ucapan sama ialah Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
Seri Paduka Baginda bertitah, hubungan erat antara kaum bukan sahaja menjadi asas kekuatan negara, malah tunjang perpaduan.
“Dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini, keharmonian tercipta apabila kita saling hormat-menghormati dan memahami antara satu sama lain.

“Bersama-sama kita membina masa depan yang lebih aman, bersatu-padu serta makmur.
“Selamat Hari Wesak diucapkan kepada semua penganut agama Buddha di negara ini,” titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di Instagram officialsultanibrahim, hari ini. – KOSMO! ONLINE