fbpx

Afghanistan haram permainan catur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail dua lelaki Afghanistan bermain catur di Kandahar pada Jun 2022. - AFP

KABUL – Kerajaan Taliban di Afghanistan mengharamkan permainan catur sehingga tarikh diberitahu kelak ekoran kebimbangan permainan itu dijadikan sumber perjudian, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Seorang pegawai berkata, permainan catur dilarang sehingga keserasiannya dengan undang-undang Islam dapat ditentukan.

Jurucakap Pengarah Sukan Taliban, Atal Mashwani berkata, catur dalam undang-undang syariah Islam dianggap sebagai cara perjudian.

“Terdapat pertimbangan agama mengenai sukan catur. Sehingga pertimbangan ini ditangani, sukan catur digantung di Afghanistan,” katanya kepada agensi berita AFP.

Seorang pemilik kafe di Kabul yang menganjurkan pertandingan catur tidak rasmi sejak beberapa tahun kebelakangan ini berkata, dia menghormati keputusan itu tetapi ia akan menjejaskan perniagaannya.

“Golongan muda tidak mempunyai banyak aktiviti hari ini, justeru ramai datang ke sini setiap hari,” kata Azizullah Gulzada.

“Mereka akan menikmati secawan teh dan mencabar rakan-rakan untuk bermain catur,” tambahnya.

Catur adalah sukan terbaharu yang diharamkan oleh Taliban. 

Tahun lalu, pihak berkuasa mengharamkan pertarungan bebas seperti seni mempertahankan diri campuran (MMA) dalam pertandingan profesional, dengan mengatakan bahawa ia terlalu ganas dan bermasalah berkenaan dengan syariah. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI