fbpx

Wanita disamakan dengan Darth Vader terima pampasan RM170,000 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan watak Darth Vader. - Unsplash

LONDON – Seorang wanita di United Kingdom menerima pampasan sebanyak £30,000 (RM170,000) selepas personalitinya disamakan dengan watak penjahat dalam francais filem Star Wars, Darth Vader, lapor laman berita Oddity Central semalam. 

Kejadian berlaku apabila wanita bernama Lorna Rooke menjalani ujian personaliti bertemakan Star Wars bersama rakan sekerjanya, sebagai latihan bina pasukan pada 2021. 

Rooke pada awalnya terpaksa menangguhkan ujian itu selepas menerima panggilan telefon. 

Dia bagaimanapun terkejut apabila mendapat tahu bahawa rakannya mengisi borang ujian bagi pihaknya sebelum diberitahu bahawa personalitinya berkait rapat dengan watak Darth Vader. 

Situasi itu menyebabkan Rooke berasa tidak popular di tempat kerja dan akhirnya memutuskan untuk berhenti.

Meskipun kategori Darth Vader digambarkan sebagai individu yang sangat fokus dan boleh menyatukan pasukan, hakim memutuskan bahawa ia adalah perbuatan menghina.

“Darth Vader adalah penjahat legenda Star Wars tetapi menyamakannya dengan personaliti Rooke adalah menghina,” kata Hakim Kathryn Ramsden.

Rooke menerima pampasan untuk kerugian yang ditanggung, namun tuntutannya bagi pemecatan yang tidak adil, diskriminasi hilang upaya dan kegagalan untuk membuat pelarasan munasabah telah ditolak. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI