fbpx

[VIDEO] Awal pagi sampai cerah ibu gajah setia tunggu anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular seekor ibu gajah setia menunggu anak yang mati dilanggar lori bermula dari awal pagi hingga cerah di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli.

PETALING JAYA – Ibu gajah yang setia menunggu anak yang mati dilanggar lori di Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli, setia berada di situ bermula dari suasana gelap awal pagi hingga cerah matahari.

Menerusi video dan gambar dikongsikan pengguna media sosial, ibu gajah tersebut dilihat seperti diam membisu dengan kepala haiwan itu bersandar pada pintu lori.

“Pukul 2 pagi hingga 5.30 pagi, ibu gajah setia menunggu anak bawah lori. Dapat ‘call’ untuk sedia sebarang kemungkinan atau kecederaan. Setianya si ibu menunggu anak dikeluarkan dari bawah perut lori,” menurut kapsyen pada salah satu video dimuat naik oleh pengguna TikTok.

Menerusi video lain, dikatakan berlaku proses ‘memujuk’ ibu gajah tersebut yang telah diberikan ubat pelali.

“Proses memujuk ibu gajah, sedih wei. Nampak ibu gajah berdiri, hakikatnya dah tidur akibat ubat pelali. Tapi kaki masih lagi berdiri menunggu anak di bawah lori. Kuatnya kasih sayang ibu kepada anak,” menurut kapsyen pada salah satu video lain.

Dalam pada itu, ramai yang sebak dengan tindakan ibu gajah tersebut kehilangan anak susulan nahas berkenaan.

“Sampai siang kan gajah tu duduk situ. Sedih tengok kat video TikTok lain. Sampai cerah dah baru dia orang tarik. Itu pun gajah keras berdiri macam tu saja,” kata pengguna TikTok Farah.

“Sedihnya sampai pagi ni tak lari. Trauma tu makan masa. Sifat gajah yang penyayang tak ubah seperti manusia. Hiba hati ibu gajah kehilangan akan ambil masa yang panjang untuk pulih,” komen Teratak.

“Hampir dua tahun bunting, bawa perut ke sana sini. Siapa yang tak sedih kecewa kan. Kalau lah kita boleh dengar suara ibu gajah menangis dan meraung,” komen Gorillazombiey.

“Berita hari ibu paling sedih hari ni,” ujar Rose.

“Sejak-sejak jadi ibu ni, tengok gajah kematian anak pun rasa sakit sangat,” kata Ibu Rayyan.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan, rakaman video memaparkan seekor gajah betina cuba ‘menolak’ sebuah lori yang dipercayai melanggar mati seekor anak gajah di Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli hari ini, mengundang reaksi sebak orang ramai.

Video berdurasi satu minit 11 saat yang tular di media sosial itu menunjukkan kemalangan membabitkan lori muatan ayam yang mana seekor anak gajah terperosok di bawah kenderaan tersebut. – KOSMO! ONLINE

@insan.biasa1632 2 pagi sehingga 5.30 pagi ibu gajah setia menunggu anak nya bawah lori…dpt call untuk stnbay untuk sebarang kemungkinan/kecederaan..setia nya si ibu menunggu anak nya dikeluarkan dari bawah perut lori #bantuanrangerhutan #perhilitan #polisgerikdanjeli ♬ Oh god protect us – Ai khodijah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI