fbpx

Verstappen kekal berlumba hingga 2028

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN menyatakan komitmennya bersama Red Bull memandangkan kontraknya bersama pasukan itu hingga 2028. - AFP

MIAMI – Juara dunia empat kali Formula Satu (F1), Max Verstappen memberi bayangan jelas mengenai masa depannya dalam sukan itu dan mengesahkan akan terus berada dalam kancah perlumbaan tersebut sekurang-kurangnya sehingga tahun 2028.

Pemandu Red Bull berusia 27 tahun itu pernah menyuarakan keinginannya untuk meneroka perlumbaan lain selepas tamat kerjayanya dalam F1 selain mendakwa tidak berhasrat untuk berlumba sehingga usianya mencecah 40 tahun.

“Saya ada kontrak sehingga 2028 bersama Red Bull, jadi sudah tentu saya akan teruskan sehingga ke tahun tersebut. Selepas itu, ia bergantung kepada jenis projek yang ada sama ada menarik atau tidak.

“Saya akan terus berlumba selagi saya masih menikmati sukan ini dan merasakan masih boleh melibatkan diri dengan cara sendiri,” tambahnya.

Ketua Pasukan Red Bull, Christian Horner sekali lagi menegaskan fokus Verstappen kekal bersama pasukan itu meskipun timbul pelbagai spekulasi mengenai masa depannya.

Menurut Horner, segala khabar angin tidak menggugat semangat Verstappen yang masih komited menjalankan tanggungjawabnya bersama Red Bull.

“Max (Verstappen) telah nyatakan dengan jelas dia sebahagian daripada pasukan dan kami bersatu dalam segala keadaan. Dia bekerja keras dan kami sedang berusaha memperbaiki jentera,” ujarnya.

Selepas enam pusingan perlumbaan, Verstappen berada di tempat ketiga keseluruhan carta kedudukan pelumba, ketinggalan 32 mata di belakang pendahulu, Oscar Piastri dari McLaren.

Kali terakhir Verstappen melakar kemenangan sewaktu Grand Prix (GP) Jepun pada April lalu dan selepas itu McLaren terus cemerlang menerusi kejayaan demi kejayaan Piastri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI