fbpx

Tiga lelaki ditahan, minuman keras lebih setengah juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELBAGAI jenis minuman keras bernilai lebih setengah juta ringgit yang disimpan dalam enam kenderaan dirampas polis di Taman Megah Ria, Masai, Johor Bahru kelmarin.

JOHOR BAHRU – Polis menahan tiga lelaki beserta enam buah kenderaan berisi pelbagai jenis minuman keras tidak bercukai bernilai RM509,214 menerusi satu operasi di Jalan Kempas, Taman Megah Ria, Masai, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, operasi tersebut dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2, Tampoi pada pukul 5.30 pagi.

Katanya, kenderaan yang diserbu melibatkan sebuah lori, empat kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah kereta.

“Menerusi operasi tersebut, seramai tiga lelaki berusia antara 44 hingga 56 tahun ditahan kerana memiliki 491 kotak pelbagai jenis minuman keras tidak bercukai bernilai RM509,214 manakala keenam-enam kenderaan yang disita bernilai RM170,000,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Sohaimi, semakan mendapati dua suspek mempunyai empat rekod lampau bersabit kesalahan jenayah dan dadah.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI