fbpx

‘Tiada sebarang konflik antara kami, tukar pengurus muafakat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dayang nafi wujud konflik dengan bekas pengurus seperti didakwa segelintir pihak sehingga mereka memilih haluan sendiri.

KUALA LUMPUR – ‘Berpisah’ selepas 15 tahun bekerjasama, penyanyi Dayang Nurfaizah nafi wujud konflik dengan bekas pengurus seperti didakwa segelintir pihak sehingga mereka memilih haluan sendiri.

Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 43, berkata keputusan tersebut juga dicapai atas persetujuan bersama selepas mempertimbangkan pelbagai perkara.

“Memang tiada sebarang konflik atau berlaku perbalahan antara kami, sebaliknya keputusan menukar pengurusan dicapai secara permuafakatan.

“Kami pun sudah lama bekerjasama, jadi sekarang masing-masing dalam misi mencapai pula dalam fasa peralihan kepada pengurusan baharu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dayang yang ditemui pada pelancaran Konsert MeleTOP TVS mengakui hanya mengharapkan perjalanan karier bekas pengurus terus dilancarkan.

“Saya doa serta harap beliau dapat mencapai apa yang dihajati memandangkan pengalaman serta kebolehannya dalam industri ini juga sangat luas,” ujarnya.

Menurutnya, kerjaya seni yang semakin berkembang memerlukan pasukan baharu dan pengurus pengganti pula kini masih dalam tempoh percubaan.

“Kaedah pengurusan mungkin berbeza. Cuma pihak dimaksudkan masih dalam tempoh percubaan, tengok dulu prestasinya.

“Cuma saya nak tengok dulu caranya merencana kerjaya seni saya. Doakan semuanya berjalan lancar,” kongsinya.

Ketika awal kerjaya, penyanyi asal Sarawak itu diuruskan Sheliza Kadir Sultan selama 10 tahun sebelum tugas itu diamanahkan kepada Sherina sekitar 2010.

Dayang dan Sherina sudah membawa haluan masing-masing sejak Februari lalu biarpun buat masa ini penyanyi terbabit belum mengumumkan pengurus baharu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI