fbpx

‘Tak perlu jatuh cinta untuk cipta keserasian’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ezzanie yakin keserasian dengan pelakon dalam mana-mana naskhah boleh dipupuk tanpa perlu menjalin hubungan cinta di set penggambaran.

PETALING JAYA – Pelakon Ezzanie Jasny yakin keserasian dengan pelakon dalam mana-mana naskhah boleh dipupuk tanpa perlu menjalin hubungan cinta di set penggambaran.

Ezzanie atau nama penuhnya Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 25, berkata, keserasian tersebut akan wujud sekiranya pelakon mempunyai usaha menghidupkan karakter lakonan mereka dalam diri sendiri.

“Saya percaya bahawa kita tidak perlu pun jatuh cinta dengan pelakon lain semata-mata untuk mencipta keserasian dalam skrin.

“Bila kau betul-betul mendalami watak itu dan karakter hidup dalam diri, keserasian akan terpapar di skrin.

“Ini bukan tentang memaksa hubungan di luar skrin, tetapi tentang cara mendalami jiwa sesebuah jalan cerita,” katanya dalam platform Thread.

Ujarnya lagi, dia juga bersyukur kerana pernah digandingkan dengan ramai pelakon hebat sebelum ini.

“Syukur hero yang saya dapat sebelum ini bagus-bagus belaka.

“Mereka semua hadir bersama pengalaman dan cara kerja yang berbeza sekali gus beri proses pembelajaran yang indah dan mampu beradaptasi dengan industri seni lebih baik.

“Tak sabar nak mendalami lebih banyak genre dan emosi dalam industri ini,” ujarnya.

Perkongsian tersebut turut meraih tumpuan ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan hal tersebut.

“Hubungan antara pelakon tak bawa kerjaya lakonan ke mana pun. Penonton sekarang menilai kualiti lakonan.

“Itulah pelakon kegemaran kami, terbang tinggi Ezzanie!” komen netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI