fbpx

‘Sweetnya’ Lisa temankan Yusry KRU tepi pentas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAGAI isteri, Lisa tidak pernah terlepas daripada menemani Yusry sepanjang konsert GenKRU.

SELAIN cerita kegilaan ramai tentang konsert GenKRU, media sosial juga dibanjiri dengan rakaman video memaparkan gelagat Datin Lisa Surihani yang setia menunggu di tepi pentas menemani suaminya, Datuk Yusry Abd. Halim.

Kehadiran Lisa di tepi pentas sepanjang konsert GenKRU pada 3 hingga 4 Mei lalu memang comel, semalam pun sama. Malam ini pun, pasti Lisa setia tercegat pastikan semuanya tentang Yusry dan abang-abang iparnya okey. Ramai pula puji dan melabelnya sebagai seorang isteri yang hebat.

“Lisa isteri yang hebat, suka tengok cara dia jaga Yusry sepanjang konsert hulur air dan tuala, ‘sweet’ sangat.

“Lepas ini nak jadi isteri macam Lisa, ikut dan teman suami ke mana-mana sahaja.

“Hebat khidmat Lisa sebagai isteri. Semoga syurga buat wanita hebat,” puji netizen.

Di mata Diva, Lisa bukan hanya isteri Yusry, dia bahkan peminat nombor satu Yusry. Semua itu ketara sangat. Cinta sejati!

DIVA: Dengarnya ada lagi rumah tangga seorang penyanyi wanita sedang retak menanti belah. Harap boleh bertahanlah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI