fbpx

SPU bentuk bakal pemimpin UMNO setia, bukan lalang – Wan Rosdy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari UMNO ke-79 di WTC Kuala Lumpur di sini, hari ini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Langkah UMNO menubuhkan Sekolah Patriotik UMNO (SPU) adalah untuk melahirkan pemimpin masa depan parti yang konsisten serta kekal dalam saf perjuangan di negara ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tujuan SPU juga adalah untuk membentuk pemimpin yang kekal konsisten dalam parti terbesar Melayu itu.

“Kita tidak mahu melahirkan lalang, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. SPU adalah aset UMNO di masa akan datang. SPU adalah sebahagian penting daripada gagasan ‘UMNO Moving Forward’.

“Ia satu anjakan besar ke arah pembaharuan parti yang bukan hanya bertumpu kepada strategi pilihan raya, tetapi juga kekuatan akar umbi dan kualiti kepimpinan masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ulang Tahun UMNO Ke-79 dan Majlis Konvokesyen Pertama SPU di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 48 peserta SPU menerima sijil graduasi masing-masing.

Wan Rosdy yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola SPU berkata, SPU bukan sekadar program latihan tetapi sebagai satu inisiatif penting dalam usaha membina pelapis pemimpin UMNO yang berdisiplin, berprinsip dan berjiwa besar.

“Inisiatif ini bukan program bermusim atau sekadar perintis tetapi satu sistem pendidikan politik yang konsisten, berstruktur dan dirancang untuk jangka panjang,”tegasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI